Tuesday, June 26, 2012

bulan 3-6.perit.

hmmmm hye ni post pertama dalam tahun 12(ye ke?) dan kerana saya tidak post sesuatu adalah kerana saya frust dengan hidup saya selama ini. ye saya belajar di universiti bersama rakan2 tapi malang nya saya xdapat grad bersama mereka. kerana saya extend 1 sem. kenapa?sebab satu subject... macam kejam kan..yup boleh dikatakan kejam juga, 2-3 bulan pertama saya tidak boleh menerima kenyataan tentang apa yg terjadi, kawan2 semua dah start praktikal, tapi saya masih lagi dirumah dan bersedih(background song: bila cinta). ye mmg saya tak boleh trima kenyataan kenapa saya tak dapat nk praktikal, masa itu saya rasa dalam kelas saya tuh saya lah yang paling bodoh. tempat yang paling banyak saya mengadu adalah dekat family2 saya, nak bagi taw kawan segan. family la yg banyak menbantu dan memberi nasihat. dan selepas 2-3 bulan menjadi penganggur sejati, saya mulakan langkah mencari kerja part time ja, di sebuah pasaraya sebagai promoter CD. permulaan hidup semakinn rancak, hinggalah last week, member2 lain sebuk dengan kegembiraan habis praktikal dan pelbagai kata2 yg hebat meraka keluarkan dalam bentuk penulisan di laman sosial. diri saya semakin lesu, sedih, kecewa dan juga cemburu terhadap kawan2 saya. kenapa la bukan saya jadi sebahagian dari mereka? entah la. mungkin ini mmg takdir saya dan saya patut terimanya. bagaimanalah saya nk menghadapi mereka. saya tak rasa saya mampu berjumpa mereka jika ada reunion klass. harap mereka faham, bukan saya sombong, cuma terasa kerdil diri ini jika dibandingkan mereka.